Pengurusan

Persatuan ini mempunyai 7 orang Ahli Jawatankuasa. Tenaga kerja bagi operasi harian Rumah Anak-Anak Yatim dan Saudara Baru Shifa' sepatutnya terdiri daripada 4 orang. Iaitu jawatan penyelia, tukang masak, pengemas rumah dan pembantu kerja-kerja perkeranian.

Mereka bukan pekerja sukarela tetapi sebagai pekerja yang bergaji tetap. Buat ketika ini, untuk meminimakan perbelanjaan, segala tugas dan pengurusan dikendalikan oleh Mak Tom seorang diri. Mak Tom juga dibantu oleh tenaga mahir dan khidmat nasihat secara sukarela seperti akauntan, peguam dan lain-lain.

0 comments:

Post a Comment